Faux Cakes: Kelas pada 20 Januari, 2011
Assalamu`alaikum warahmatullah.....
Dido`akan kita semua sentiasa di dalam limpahan RAHMAH ALlah SWT. Marilah kita sama2 berusaha memperbaiki tahap IMAN dan TAQWA kita dan memastikan agar diri kita sentiasa berada di dalam jalanNYA yang satu hingga ke akhir usia.
N3 hari ini juga tentang Kelas Faux Cake yang telah pun berlangsung kira2 jam 12.00 tengahari tadi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Liyana request special package iaitu 'one full cake and ice-cream'. Walaupun Liyana dah pernah menghadiri kursus faux cake sebelum ini, namun disebabkan minat yang mendalam untuk mengetahui teknik yang berbeza di dalam pembuatan faux cake, kali ini Liyana berkunjung pula ke SLC Craft House bagi memantapkan lagi pengetahuan di dalam seni kraf kek hiasan ini.
Kek coklat dengan kepingan
coklat di bahagian tengah kek
Inilah hasil kreativiti Liyana; Faux Patisseries Liyana
bertemakan warna coklat dan merah jambu.
Buat Liyana, terima kasih kerana sudi datang ke Kelas Faux Cake bersama akak di SLC Craft House. Akak mohon jutaan kemaafan seandainya ada salah dan silap akak di sepanjang kelas berlangsung. Harapan akak, Liyana berpuas hati dengan `ilmu' yang akak kongsikan. Moga Liyana akan beroleh kejayaan di dalam bidang keusahawanan yang diminati. Kalau ada apa2 kemusykilan, Liyana boleh hubungi atau sms akak. Insyaallah akak akan membantu di mana yang termampu. Ok Liyana, HAPPY CRAFTING!
Credit to : http://soffeashouseofdeco.blogspot.com
No comments:
Post a Comment